Batu Kikir 13 Mac 2011:
Persatuan Warga Emas Jempol (PWJ) telah ditubuhkan hasil dari pertemuan dan perbincangan sekumpulan bekas pelajar SMK Batu Kikir. Kini, mereka yang telah berumur sekitar 58 tahun itu telah mengadakan re-union di Dewan Za'ba SMKBK pada 05 Februari 2011 lalu dimana re-union yang pertama kalinya diadakan setelah lebih 40 tahun berpisah. Seramai hampir 80 orang bekas pelajar bersama suami/isteri, anak dan cucu itu telah meraikan majlis nostalgia tersebut dengan tetamu kehormat 2 orang bekas guru mereka. Disamping itu jemputan luar terdiri dari Pengetua SMKBK sendiri dan beberapa yang lain.
Lanjutan dari majlis tersebut, pada 27 Februari dan 06 Mac 2011 telah diadakan mesyuarat khas bagi mencari usaha supaya ikatan silatulrahim bekas pelajar itu diperpanjangkan. Hasilnya tertubuhlah PERSATUAN WARGA EMAS JEMPOL (PWJ) yang kini dalam proses pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Objektif utama persatuan ini adalah berhubung kebajian dan kepentingan ahli-ahli. Terdapat EMPAT kategori keahlian dalam PWJ. Bagi Ahli Biasa ianya terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun keatas yang bermastautin atau pernah bermastautin di Jempol; Ahli Bersekutu adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur dibawah 50 tahun kebawah yang bermastautin atau pernah bermastautin di daerah Jempol; Ahli Seumur Hidup iaitu ahli yang membayar yuran penuh sekali gus RM300 dan Ahli Kehormat adalah mereka yang dilantik atau dipilih oleh Jawatankuasa persatuan. Protem Komete persatuan dipengerusikan oleh Dr Md Ali Hasan seorang bekas pensyarah Universiti Malaya. Manakala Timbalan Pengerusi Sdr Mohd Yunus Hj. Abdullah; Setiausaha Sdri Zainab Idris; Penolong Setiausaha Sdra Yusof Ahmad; Bendahari Sdri Zaini Jaafar; Ahli Jawatankuasa Biasa teridiri Sdr Yahya Abd Aziz, Azizah Abd Rahman, Ab Rahman Alias, dan Mustapa Maanoh.
Pihak persatuan bercadang akan mengadakan program pemeriksaan kesihatan pada bulan Jun ini sebaik sahaja ianya mendapat kelulusan dari pendaftaran pertubuhan. Borang keahlian boleh didapati dari pejabat urusetia persatuan yang beralamat di No 1 Bangunan LPP Taman Setia Budi, Batu Kikir.
No comments:
Post a Comment