Friday, March 18, 2011

warga emas Batu Kikir


Batu Kikir Jumaat 25 Mac:

Semalam jam 11.30 pagi aku ke Pekan Batu Kikir untuk membeli beberapa barang keperluan harian. Al maklumlah aku balik ke kampung kelahiran ku itu sebulan sekali. Oleh kerana waktu dah tengahari dan perut pun terasa lapar akibat tidak bersarapan pagi, langsung aku singgah kesebuah kedai makan. Letak kedai itu bersebelahan dengan klinik yang agak popular di pekan Batu Kikir. Aku tidak sangka pula ramai orang didalam kedai itu. Setelah menoleh dan memandang beberapa seketika didalam kedai itu dan pasti tiada seorang pun yang mengenali aku maka aku pun terus ke ruang lauk pauk. Aku terperanjat mendapati beberapa lauk pauk telah kehabisan. Lantas aku bertanya kepada mak cik yang mengendalikan kedai itu. .. hai, cepat sangat habis lauk ni yo .. baru jam 11 lebih ... Maka dijawap oleh mak cik tu, ... cam tulah ... kan hari ni hari Jumaat, ramai orang datang beli lauk untuk bawa balik. ... Oh.. gitu, ... bersama ku ketika itu seorang warga emas sedang memerhatikan lauk pauk juga dan mungkin sedang berkira-kira apa lauk yang akan dibeli. ...

Saya membeli seekor ikan kembong goreng, seekor ikan sembilang campur pucuk ubi masak cili padi dan kari terung cina. Setelah ketiga-tiga lauk itu dibungkus dan mak cik itu meminta saya untuk membuat pembayar di kaunter. Dikaunter itu seorang kakak yang berusia dalam lingkungan awal 40an sedang menunggu. ... apo lauk eh ni mak ... Sambil beliau memandang kearah tukang bungkus lauk tadi itu ... saya fikir itu mungkin emak beliau lah ... oh.. encik tu yo .. dio ambil seekor ikan goreng, kari terung sebuah, ikan sembilan tu seekor ... Setelah itu kakak dikaunter tadi pun mencatatkan harga lauk-lauk tu .... semua eh RM8.90. Lantar beliau memandang kemuka saya yg berdiri disampingnya itu .

..hai, RM8.90 sen semuanya ... cam no jadi tu hah ... sambil mata saya memandang kearah catatan kertas yang saya fikir menjadi tempat kira-mengiranya. Oleh kerana dibelakang saya telah ado orang menunggu untuk membuat pembayaran maka lalu saya mengeluarkan duit kertas RM10 dan memberikan kepada kakak dikaunter tu ... Beliau mencapainya dan mengembalikan bakinya Rm1.10 kepada saya.

Dalam perjalanan menuju ke kereta yang saya letakkan beberapa meter dari kedai makan tadi itu, dalam hati saya terkata-kata .. hai, mahal betul harga makanan kat Pekan Batu Kikir ni yo ... kok di Bangi atau Kajang .. tak mungkin sampai macam ni ... rungut hati kecil saya. .. tak po lah dah rezeki dio....

Dalam kereta, isteri saya sedang menunggu. Dan, sebaik saja saya membuka pintu lantas saya bercakap, ... mak oi ... harga kat kedai makanan tu mahal melambung ... mengalahkan Kuala Lumpur ... dijawap oleh isteri saya, .. apo lauk eh dipilih ... saya jawap, ikan sembilang campur pucuk ubi, ikan kombong goreng, dan sebuah terung cina masak kari berempah. Semua eh RM8.90 .. hai, cam no lah orang Batu Kikir ni terutama eh yang warga emas tu ... Lantas isteri saya menjawap ... kan orang Batu Kikir ni .. orang eh kayo-kayo. .. orang pencen ramai. Cubo poi hari Ahad pagi nanti ... harga ikan berpuluh-puluh ringgit pun ... habis dibeli. Entahlah...

Saya terus menghidupkan enjin kereta dan bergerak untuk balik kerumaha persinggahan ku di kampung Bukit Kelulut tu ... Sebaik sampai kat Jembatan Bosi Batu Kikir tu dulu ... tersempak kat saya warga emas yang memang saya kenal sejak tahun 60 lagi ... Beliau menunggang basikal tua sambil menghisap rokok. ... Serentak itu juga ... isteri saya terus menjerit sambil berkata ... ha bang ... itu lah orang yang kita pernah jumpo kat rumah Kak Urah maso majlis nikah Iyan dulu kan ... kan abang ambil gambar dio tu ... orang tu kan yang tolong kukur kelapo, tolong masak air panas, tolong buek kojo .... Saya agak kaget dan cubo memberhentikan kereta. Tapi insan yang mulia itu terus mengayuh basikal tuanya menuju ke arah Pekan Batu Kikir yg hanya beberapa meter saja lagi dengan gaya berselamba sahaja. Saya memerhatikan melalui cermin belakang kereta. oh oh ... ialah itulah dia .... abang Abun .. abang Abun ... memang kami pernah bermain dan usik mengusik ketika aku berusia awal belasan dikampung ku dulu. Aku masih ingat ... abang abun ni orang nya baik dan akan datang kerumah tidak kira ada kena mengena atau tidak apabila membuat majlis perkahwinan, kematian atau seumpamanya. Beliau boleh dikatakan bodoh lurus orangnya dan bercakap pun tidak berapa betul kerana sambil bercakap air lior dia akan mereceh keluar. Dulu tu ...beliau berjalan kaki sahaja almaklumlah ketika itu kehidupannya agak susah dan difahamkan beliau tiada beribu bapa. Menurut khabarnya beliau hanya mempunyai seorang kakak yang ketika kecil dulu menompang dirumah saudara mara sahaja. Pakaian, makanan dan lain kesemuanya atas ikhsan orang-orang kenalan sahaja. Jadi kerana itulah apabila beliau mendengar sahaja ada majlis perkahwinan dirumah salah seorang orang kampung baik di kg Bukit Kerdas, Kg Tengah, Kg Lonek, Kg Bukit Kelulut, Kg Serting dan lain-lain sekitar 10-15 km dari Pekan Batu Kikir tu maka beliau akan datang. Beliau amat rengan tulang dan akan membantu tuan rumah apa saja diminta.

Saya difahamkan ketika ini abang Abun telah mendapat bantuan dari pihak kerajaan. Usia beliau yang saya kira telah lebih 60 an itu telah membuatkan beliau mungkin tidak seaktif lagi untuk membuat kerja-kerja membantu atau menolong orang kampung lagi. Namun beliau masih lagi menabur bakti dan diberitahu yang beliau sentiasa sihat walafiat. Itulah .. awal tahun 2010 lalu, apabila anak buah saya melangsungkan majlis perkahwinannya, beliau telah dipelawa datang dan mungkin kerana beliau agak lapang dan merasa sihat ketika itu, beliau datang dan tidur semalaman. Anak buah saya telah mengambil gambar beliau sebagai kenangan.

No comments:

Post a Comment